Friday, October 19, 2018

9.5 PENGGUNAAN KACA DAN SERAMIK


JENIS KOMPOSISI , SIFAT DAN PENGGUNAAN KACA

1. Komponen utama kaca ialah silika atau silikon dioksida yang diperoleh daripada pasir.
2. Sifat-sifat uatama kaca ialah:

  • rapuh
  • keras
  • lengai secara kimia
  • lutsinar
  • tidak telap kepada gas dan cecair
  • tidak mengalirkan elektrik
  • penebat haba

3. Kaca yang paling ringkas ialah kaca silika terlakur. Kaca ini mengandungi silika sahaja.
4. Kebanyakan kaca dihasilkan dengan mencampurkan leburan silika dengan sebatian-sebatian lain.
5. Kaca boleh ditukar semula. Kaca boleh dileburkan dan dibekukan berulang kali.



KOMPOSISI, SIFAT DAN PENGGUNAAN SERAMIK

1. Seramik diperbuat daripada tanah liat yang telah dipanaskan pada suhu yang sangat tinggi.
2. Kandungan utama seramik ialah silikat.
3. Kebanyakan seramik mengandungi silikon, oksigen, dan aluminium.
4. Berbeza daripada kaca, seramik tidak dapat dikitar semula. Pepejal seramik tidak dapat dilebur semula disebabkan seramik sangat tahan haba.
5. Sifat umum seramik adalah :

  • rapuh
  • sangat keras
  • takat lebur sangat tinggi
  • tahan mampatan
  • retak apabila suhu berubah dengan mendadak
  • lengai terhadap baham kimia
  • penebat haba dan penebat elektrik yang baik

6. Beberapa penggunaan seramik adalah seperti yang berikut:

  • membuat cip mikro komputer
  • membuat gigi palsu
  • membuat pasu porselin dan barang perhiasan
  • membuat pinggan, mangkuk dan periuk
  • membuat enjin kereta, kapal angkasa, superkonduktor dan reaktor nuklear
  • membuat bahan pembinaan seperti bata-bata, simen, jubin, paip bawah tanah dan atap genting

1 comment:

WELCOME TO UDAI'S CHEMISTRY BLOG

  Daripada segi sains, kimia berkait rapat dengan hampir semua cabang  sains   yang lain, dan disebabkan inilah ia mendapat gelaran &q...