Friday, October 19, 2018

9.3 ALOI

A) SUSUNAN ATOM DALAM LOGAM

1. Logam tulen mempunyai sifat-sifat yang berikut 
   a) berkilat
   b) ketumpatan tinggi
   c) konduktor elektrik dan haba yang baik
   d) mulur
   e) kurang kuat
   f) lembut
2. Logam tulen terdiri daripada jenis atom yang sama dengan saiz yang sama.
3. Dalam keadaan pepejal,atom-atom tersusun  secara rapat dan teratur.
4. Lukisan susunan atom-atom dalam logam tulen


5. Kemuluran logam 

Logam tulen yang lembut dan mudah dimulurkan atau boleh ditempakan menjadi logam tidak sesuai untuk banyak tujuan. Proses pembuatan aloi (yang dikenali sebagai pengaloian) dapat memperbaiki sifat kelemahan logam tersebut. Dalam proses pengaloian, unsur-unsur asing dicampurkan kepada leburan logam.Apabila aloi membeku, kedudukan  beberapa atom logam akan digantikan oleh atom-atom unsur asing yang lebih besar atau lebih kecil daripadanya.


6. Kebolehtempaan logam

Terdapat ruang-ruang kosong dalamsusunan atom logam yang teratur. Apibila logam diketuk, atom-atom yang sama saiz mudah menggelongsor ke kedudukan baharu. Maka, logam boleh ditempa (boleh diketukkepada pelbagai bentuk tanpa retak)


B) SUSUNAN ATOM DALAM ALOI

1. Atom-atom bendasing yang dicampurkanmungkin lebih besar atau kecil daripada atom-atom logam tulen.
2.Atom-atom bendasing mengisi ruang kosong di antara atom-atom dalam logam tulen.
3. Atom-atom bendasing ini dapat menghalang lapisan-lapisan atom logam daripada menggelongsor   ke atas satu sama lain dengan mudah.
4. Oleh sebab itu, aloi adalah lebih keras dan kuat daripada logam tulen.
5. Sebagai contoh keluli adalah lebih keras daripada besi.


TUJUAN PENGALOIAN

  1. menambah kekerasan logam
  2. mencegah kakisan / pengaratan
  3. memperbaiki rupa bentuk logam

Aloi lebih kuat dan lebih keras daripada logam tulennya  kerana kehadiran atom asing yang lebih besar mengganggu susunan logam tulen yang teratur. Lapisan atom menjadi  semakin sukar menggelongsor ke atas stu sama lain.


EKSPERIMEN MENGKAJI LOGAM TULEN DAN ALOINYA 

TUJUAN: Mengkaji kekerasan logam tulen dan aloinya

PERNYATAAN MASALAH : Adakah aloi lebihkeras daripada logam tulennya?

HIPOTESIS: Gangsa lebih keras daripada kuprum.

PEMBOLEHUBAH
    a) dimalarkan : Jisim pemberat
    b) dimanipulasi : Gangsa dan kuprum
    c) bergerakbalas : Kekerasan logam tulen dan aloinya

RADAS: 
Kaki retort dan pengapi, pemberat 1 kg, bebolakeluli, pembaris meter dan benang

BAHAN:
Bongkah kuprum, bongkah  gangsa dan pita selofan

PROSEDUR:

1. Sebiji bebola keluli dilekatkan pada permukaan bongkah kuprum denganmenggunakan pita selofan.
2. Pemberat1 kg digantung sertinggi 50cm di atas bebola keluli.
3. Pemberat itu kemudiannya dilepaskan supaya jatuh pada bebola keluli.
4. Diameter lekuk yang terhasil pada permukaan bongkah kuprum diukur dan direkodkan. 
5. Langkah 1 hingga 4 diulang sebanyak 2 kali pada tempat yang berlainan pada bongkah kuprum untuk mendapatkan purata diameter lekuk yang terbentuk.
6.Langkah 1 hingga 5 diulang dengan menggunakan bongkah gangsa untuk menggantikan bongkah kuprum.

KESIMPULAN: 
1. Hipotesis diterima.
2. Gangsa lebih keras daripada kuprum.




3 comments:

  1. bagus kalau ada keputusan catatan pemerhatian sekali

    ReplyDelete
  2. 10Bet Casino Review & Promotions 2021 + Bonus Codes
    10Bet 11bet Casino Bonus m88 Codes and Promotions. The 10Bet casino is located in the city of Luiseno, but 10bet has a gaming license of the same license. It

    ReplyDelete

WELCOME TO UDAI'S CHEMISTRY BLOG

  Daripada segi sains, kimia berkait rapat dengan hampir semua cabang  sains   yang lain, dan disebabkan inilah ia mendapat gelaran &q...