Friday, October 19, 2018

9.6 PENGGUNAAN BAHAN KOMPOSIT


1. Dalam dunia yang serba moden ini, permintaan bagi bahan yang mempunyai sifat tertentu adalah tinggi.

2. Sebatian-sebatian dengan sifat tertentu telah digabungkan untuk menghasilkan suatu bahan yang dapat memenuhi keperluan dalam bidang-bidang seperti perindustrian, pembinaan dan pengangkutan


BAHAN KOMPOSIT

1. Bahan komposit ialah bahan yang dihasilkan daripada gabungan dua atau lebih sebatian-sebatian seperti aloi, logam, kaca, polimer dan seramik.
2. Sifat-sifat bahan yang dihasilkan ini adalah jangka lebih baik daripada komponen-komponen yang asal.
3. Beberapa contoh penggunaan bahan komposit adalah:

  a) Konkrit yang diperkukuhkan

  • diperbuat daripada campuran simen, batu kerikil, pasir, air, besi atau keluli untuk menghasilkan jaring, rod atau tiang.
  • Bersifat kuat, tahan regangan dan murah.
  • Bahan pembinaan bagi bangunan, jambatan, lebuh raya, dan empangan

   b) Superkonduktor

  • diperbuat daripada pelbagai komponen, misalnya campuran niobium dan germanium.
  • bahan yang tiada rintangan elektrik
  • hanya berfungsi dalam suhu yang terlampau rendah
  • diperbuat dalam bidang pengangkuran, telekomunikasi dan astronomi, perindustrian dan perubatan.

   c) Gentian kaca

  • terdiri daripada silika, natrium karbonat, kalsium karbonat
  • penebat haba dan elektrik yang baik
  • dugunakan untuk membuat pakaian angkasawan dan pakaian ahli bomba

   d) Gentian optik

  • terdiri daripada kaca, kuprum dan aluminium
  • membolehkan maklumat dihantar dalam bentuk cahaya pada kelajuan tinggi.
  • digunakan dalam bidang komunikasi untuk membuat kabel elektrik dan dalam bidang perubatan untuk memerhatikan organ dalaman tanpa pembedahan

   e) Kaca fotokromik

  • dihasilkan daripada leburan silika yang dicampurkan dengan sedikit argentum klorida
  • kaca ini berwarna gelap apabila terdedah kepada cahaya terang dan cerah semula apabila berada dalam keadaan gelap
  • digunakan untuk membuat cermin mata gelap dan cermin tingkap kenderaan tertentu

   f) Seramik kaca

  • dihasilkan dengan mendedahkan kaca dengan kandungan logam tertentu kepasda sinaran ultraungu dan memanaskannya pada suhu yang tinggi
  • tahan haba
  • digunakan untuk membuat alatan memasak dan kepala roket

   g) Plastik yang diperkukuhkan dengan gentian kaca

  • terdiri daripada plastik dan gentiam kaca
  • plastik komposit adalah sangat kuat, ringan, mudah dibentuk dan tahan kakisan
  • digunakan untuk membuat topi keledar, bahan kereta dan kapal terbang, joran dan bahagian tertentu pesawat terbang

No comments:

Post a Comment

WELCOME TO UDAI'S CHEMISTRY BLOG

  Daripada segi sains, kimia berkait rapat dengan hampir semua cabang  sains   yang lain, dan disebabkan inilah ia mendapat gelaran &q...