Friday, October 19, 2018

9.4 POLIMER SINTETIK DAN KEGUNAANNYA

Polimer ialah sebatian yang terbentuk daripada molekul yang bergabung secara kimia ke dalam satu rantaian panjang. Molekul yang membentuk rantaian panjang tersebut dipanggil monomer.Dengan kata lain, polimer bermaksud sebatian yang terdiri daripada banyak bahagian yang lebih kecil, iaitu monomer.



POLIMER SEMULA JADI

1. Polimer semula jadi ialah polimer yang wujud secara semula jadi.
2. Polimer ini biasanya dihasilkan oleh organisma hidup.
3. Contoh polimer dan monomernya:
     a) kanji - glukosa
     b) protein - asid amino
     c) getah - isoprena
     d) politena - etena

POLIMER SINTETIK

1. Polimer sintetik (tirusan) ialah polimer buatan manusia yang dihasilkan daripada bahan kimia secara pempolimeran.
2. Plastik,  gentian sintetik, dan getah sintetik adalah tiga contoh polimer sintetik.
3. Pempolimeran terbahagi kepada dua jenis:
    a) pempolimeran tambahan
    b) pempolimeran kondensasi

A) PEMPOLIMERAN TAMBAHAN
1. Monomer-monomer tak tepu yang mengandungi ikatan ganda dua antara dua atom karbon menjalani pempoliran tambahan.

B) PEMPOLIMERAN KONDENSASI
Molekul-molekul  kecil seperti air  dan ammonia terbebas semasa pempolimeran kondensasi.

KESAN PEMBUANGAN BAHAN BUATAN POLIMER SINTETIK TERHADAP ALAM SEKITAR.


  • Membebaskan bahan pencemar yang membahayakan kesihatan seperti asao, gas yang beracun dan mengakis misalnya sulfur dioksida yang menyebabkan hujan asid dan kesan rumah hijau.
  • Merosakkam keindahan alam
  • Menyebabkan banjir kilat semasa hujan lebat
  • Mengancam hidupan laut seperti penyu yang termakan polimer sintetik seperti plastik

No comments:

Post a Comment

WELCOME TO UDAI'S CHEMISTRY BLOG

  Daripada segi sains, kimia berkait rapat dengan hampir semua cabang  sains   yang lain, dan disebabkan inilah ia mendapat gelaran &q...