Friday, October 19, 2018

9.1 ASID SULFURIK

A) PENGGUNAAN ASID SULFURIK


→Pembuatan baja
→Pembuatan pestisid
→Pembuatan detergen
→Pembuatan gentian tiruan
→Pembuatan pigmen cat
→Pembuatan elektrolit dalam akumulator

    B) PEMBUATAN ASID SULFURIK


    PERINGKAT 1 (PEMBENTUKAN SULFUR DIOKSIDA)

    -Sulfur lebur dibakar di dalam udara kering untuk menghasilkan sulfur dioksida.
    Persamaan kimia:
      S + O2   -------------->   SO2


    PERINGKAT 2 (PEMBENTUKAN SULFUR TRIOKSIDA)

    -Sulfur dioksida dan gas oksigen yang berlebihan disalurkan melalui mangkin Vanadium(v) oksida pada suhu 450 darjah celcius sehingga 500 darjah celcius dan tekanan 1 atm untuk menghasilkan sulfur trioksida.
    Persamaan kimia: 
      2SO2 + O2   -------------->   2SO3


    PERINGKAT 3 (PEMBENTUKAN OLEUM)

    -Sulfur trioksida dilarutkan dalam asid sulfurik pekat untuk membentuk oleum.
    Persamaan kimia:
     H2SO4 + SO3 -------->   H2S2O7


    PERINGKAT 4 (PENCAIRAN OLEUM)

    -Oleum tersebut dicairkan dengan air untuk menghasilkan asid sulfurik pekat dalam kuantiti yang banyak.
    Persamaan kimia:
     H2S2O7 + H2---------->   2H2SO4


    B) SULFUR DIOKSIDA DAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR

    1) Sulfur dioksida ialah bahan perantaraan dalam proses sentuh
    2) Sulfur dioksida dihasilkan oelh gunung berapi secara semula jadi
    3) punca terbesar bagikehadiran sulfur  dioksidaadalah akibat pembakaran bahan api fosil seperti petroleum. Kebanyakan bahanapi fosil mengandungi sedikit sulfur,jadi pembakaran bahan api fosil menghasilkan sulfur dioksida
    4) Pembakaran bahan buatan asid sulfurik seperti rayon juga menghasilkan gas sulfur  dioksida
    5) Pernafasan udara yang mengandungi gas sulfur dioksida boleh mengakibatkan penyakit di sistem pernafasan dan boleh mengakibatkan penyakit seperti bronkitis dan penyakit peparu
    6) Sebahagian gas sulfur dioksida boleh larut dalamair  hujan dan menghasilkan asid sulfurus
    7) Sedikit sulfur dioksida yang bertindak balas dengan oksigen di udara danmenghasilkan sulfur trioksida
    8) Sulfur  trioksidajuga melarut dalam airhujan untuk menghasilkan asid sulfurik
    9) Asid sulfurus dan asid sulfurik mengakibatkan pembentukan hujan asid
    10) Kesan buruk hujan asid:

    • merosakkan bangunan konkrit
    • mempercepatkan kakisan bahan buatan logam
    • memjadikan tanah berasid
    • merendahkan pH
    • menghapuskan nutrien tumbuhan





    1 comment:

    WELCOME TO UDAI'S CHEMISTRY BLOG

      Daripada segi sains, kimia berkait rapat dengan hampir semua cabang  sains   yang lain, dan disebabkan inilah ia mendapat gelaran &q...